KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA JALAN RAYA
Wednesday, 18 June 2014
Tuesday, 17 June 2014
KEMALANGAN DI JALAN RAYA
KEMALANGAN JALAN RAYA
• Jalan raya merupakan alat perhubungan terpenting untuk membangunkan pelbagai kegiatan manusia.
• Kelancaran sektor-sektor lain untuk menjalankan urus niaga bergantung pada kemudahan rangkaian jalan raya di negara ini.
• Kewujudan jalan raya yang moden dan selesa telah menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya yang terburu-buru dan mementingkan diri sendiri.
• Kemalangan jalan raya sering melibatkan pengguna kenderaan dan pejalan kaki.
PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA
1. Memandu dalam keadaan mabuk dan khayal. Terdapat sesetengah pemandu yang mengambil ubat yang menyebabkan hilang tumpuan semasa memandu. Hal yang demikian menyebabkan kenderaan yang dipandu tidak dapat dikawal dengan baik, terbabas, ataupun melanggar pengguna jalan raya yang lain.
2. Kecuaian yang berlaku di jalan raya menyebabkan kemalangan. Pemandu sering cuai semasa memandu oleh keletihan atau menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Keadaan kenderaan yang serba kekurangan dan tidak diselenggara secara berkala dapat menyebabkan kemalangan.
3. Kesesakan lalu lintas. Apabila musim perayaan, jumlah kenderaan di jalan raya meningkat. Keadaan jalan raya yang sesak akan meningkatkan kadar kemalangan akibat sikap sesetengah pengguna jalan raya yang tidak mampu bersabar dengan keadaan kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan.
4. Keadaan jalan raya yang membahayakan. Terdapat jalan raya yang berlubang-lubang, tidak berlampu, selekoh tajam, sempit dan jalan raya yang bengkang-bengkok amat menyukarkan pengguna jalan raya.
5. Sikap sesetengah sekolah pemandu yang tidak bertanggungjawab. Tenaga pengajar di sekolah memandu hanya mengajar pelajarnya untuk lulus ujian. Pelajar sekolah memandu tidak diajar kemahiran memandu secara berhemah dan cekap mengikut keadaan semasa. Mereka hanya mementingkan bayaran.
KESAN-KESAN KEMALANGAN JALAN RAYA
1. Kematian dan kehilangan nyawa. Negara kerugian tenaga kerja penting sekiranya mereka yang terlibat itu mempunyai ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh negara. Keluarga akan kehilangan ahli keluarga yang tersayang yang mungkin ketua keluarga mereka.
2. Kecacatan anggota. Mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya akan mengalami kecacatan sementara atau kekal. Pastinya menyukarkan diri dan ahli keluarga. Mereka akan kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Masa depan keluarga dan diri menjadi tidak menentu.
3. Kemalangan akan merosakkan harta benda dan harta kerajaan. Kemalangan akan menyebabkan kenderaan terbabit rosak dan perlu dibaiki, Keadaan jalan raya juga turut rosak dan menyusahkan pengguna-pengguna jalan raya yang lain.
4. Keluarga turut menanggung beban menjaga dan mengurus hal-hal tuntutan insurans dan berbincang dengan pihak yang terlibat. Ibu bapa terpaksa menanggung kos rawatan anak dan pembayaran ganti rugi. 5. Imej negara terjejas. Nama baik negara turut buruk kerana kadar kemalangan jalan raya yang tinggi mencerminkan sikap rakyat yang tidak berhemah dan tidak bertamadun di jalan raya.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA
1. Jabatan Kerja Raya menerusi Kementerian Kerja Raya wajar mengenal pasti keadaan jalan raya yang sering menjadi punca kemalangan. Kemudahan jalan raya diperbanyak seperti jejantas, lampu isyarat, melebar jalan raya dan memasang lampu di tempat-tempat yang perlu.
2. Kurikulum sekolah-sekolah memandu perlu dipertingkat dan dipantau ketat oleh kerajaan, terutamanya Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ). Kecekapan memandu wajar diuji dengan sebaik-baiknya agar pengguna kenderaan dapat mengawal kenderaan dengan baik.
3. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat oleh pihak polis dan JPJ. Rondaan dan sekatan jalan raya serta pemantauan yang kerap patut dijalankan setiap hari agar pengguna jalan raya dapat mendisiplinkan diri. Penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) patut diperluas agar dapat mengesan pemandu yang melebihi had laju.
4. Anjakan pemikiran pengguna jalan raya itu sendiri. Pengguna jalan raya perlu sedar akan keselamatan mereka ketika berada di jalan raya. Mereka perlu berhati-hati sekiranya ingin sampai ke destinasi dengan selamat. Jika semua pengguna jalan raya mempunyai sikap dan pemikiran yang sama, kemalangan jalan raya pasti dihindari.
5. Kerajaan wajar mengetatkan hukuman terhadap pesalah jalan raya. Kadar denda yang sewajarnya diharapkan dapat menginsafkan pengguna jalan raya. Hukuman lesen digantung dan penjara untuk kesalahan kemalangan maut wajar dilaksanakan. Hukuman sebatan pula wajar dilaksanakan.
CARA MENGATASI MASALAH KESESAKAN JALAN RAYA
1. Amalan kongsi kereta. Mengurangkan bilangan kenderaan yang memasuki pusat-pusat bandar khususnya pada waktu sibuk, bilangan dapat dikurangkan kira-kira tiga kali ganda. Mengatasi masalah kurang persefahaman waktu perjalanan dan kesesuaian destinasi tempat kerja.
2. Langkah kerajaan menyekat pertambahan bilangan kereta. Pemilikan kenderaan sendiri di sekat. Harga kenderaan dipertingkatkan. Kenderaan lama dilupuskan.
3. Memperbaiki kemudahan pengangkutan awam. Perkhidmatan bas awam dan teksi diperbaiki dari segi kos, kekerapan serta kecekapan. Orang ramai lebih suka menaiki kenderaan awam daripada memandu kereta yang melibatkan perbelanjaan yang besar.
4. Memperkenalkan sistem MRT di samping LRT. Sistem pengangkutan moden boleh membawa penumpang dalam jumlah yang maksimum. Kos atau tambang haruslah bertepatan atau lebih mudah untuk menarik minat para penumpang daripada memandu kereta sendiri.
5. Perancangan terhadap infrastruktur di kawasan bandar haruslah lebih teratur.Tempat kediaman, bangunan dan kompleks perniagaan, jalan raya di baiki dan dilebarkan, sistem trafik yang dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Monday, 16 June 2014
- Mengelakkan kemalangan yang merugikan diri sendiri dan orang lain
- Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain
- Membolehkan semua pengguna jalan raya sampai ke destinasi dengan selamat
- Urusan pengangkutan di jalan raya dapat berjalan lancar
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
Undang-undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan raya pula merupakan amalan keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna semasa di jalan raya. Sebagai pejalan kaki, kita harus memilih tempat yang paling selamat untuk melintas. Pastikan kita boleh melihat kenderaan dari semua arah. Setelah memilih tempat yang paling selamat untuk melintas, perkara yang wajar dan selamat dilakukan adalah dengan mengamalkan lima langkah melintas. Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang. Kedua, lihat ke kanan dan ke kiri. Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan. Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak. Kelima, melintas dengan berwaspada. Selain itu, berjalan menghadap trafik dan mematuhi arahan warden lalu lintas merupakan peraturan yang boleh meningkatkan keselamatan kita semasa di jalan raya. Perbuatan melintas jalan tanpa menggunakan jejantas merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Jika melintas di lintasan belang yang terdapat kemudahan lampu isyarat undan, pastikan melintas hanya apabila lampu isyarat orang hijau bernyala. Pengguna jalan raya tidak digalakkan melintas di antara dua buah kenderaan yang diparkir. Sebagai penunggang basikal pula, kita harus sentiasa memakai topi keledar basikal untuk melindungi bahagian kepala daripada tercedera. Menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan trafik merupakan perkara yang selamat dilakukan. Kita patut menggunakan isyarat tangan apabila hendak membelok dan berhenti. Patuhilah semua papan tanda semasa menunggang basikal di jalan raya. Sebagai penumpang kenderaan, kita haruslah sentiasa memakai tali pinggang keledar. Begitu juga jika turun dari bas, pastikan bas beredardengan sepenuhnya sebelum melintas jalan. Semua pengguna jalan haruslah bertanggungjawab akan keselamatan diri sendiri. Pastikan sentiasa memakai pakaian berwarna cerah atau terang untuk meningkatkan kebolehlihatan pada bila-bila masa. Undang-undang dan peraturan jalan raya haruslah sentiasa dipatuhi.
TANDA ISYARAT LALULINTAS BAHAYA
JALAN TIDAK RATA
SELEKOH BAHAYA
PERSIMPANGAN / SIMPANG EMPAT
LINTASAN KERETA API BERPAGAR
LINTASAN KERETA API BERPAGAR AUTOMATIC
LINTASAN KERETAPI TIDAK BERPAGAR
MENURUNI BUKIT CURAM
MENDAKI BUKIT CURAM
LALUAN SEMPIT DI HADAPAN
JALAN BENGKANG BENGKOK
BAHU JALAN LEMBUT
JALAN LICIN
LINTASAN PEJALAN KAKI
KAWASAN KANAK KANAK MELINTAS
BAHAYA BAHAYA LAIN
AWAS
ISYARAT BERHENTI DI HADAPAN
ISYARAT BERI LALUAN DI HADAPAN
LIKU KE KIRI
LIKU KE KANAN
JALAN SEMPIT DI SEBELAH KIRI
JALAN SEMPIT SEBELAH KANAN
LAMPU ISYARAT DI HADAPAN
HALANGAN DI HADAPAN
TANDA HALANGAN
PERSIMPANGAN JALAN KECIL DI SEBELAH KANAN
PERSIMPANGAN JALAN KE KANAN
PERSIMPANGAN JALAN KE KIRI
SIMPANG KANAN
SIMPANG KIRI
SIMPANG TIGA DI HADAPAN
LORONG MENDAKI(DUA LORONG)
LORONG MENDAKI (SATU LORONG)
BATU / TANAH RUNTUH
BULATAN DI HADAPAN
KAWASAN LEMBU MELINTAS
ORANG BUTA MELINTAS
LINTASAN ORANG KURANG UPAYA
PEMBAHAGI LEBUH RAYA/ JALAN TAMAT
PEMBAHAGI LEBUH RAYA/ JALAN DI HADAPAN
JALAN BERCABANG
LALULINTAS DUA HALA
JAMBATAN SEMPIT DI HADAPAN
TANDA ARAH SELEKOH KE KANAN
TANDA ARAH SELEKOH KE KIRI
KAWASAN SEKOLAH DIHADAPAN
PERSIMPANGAN KIRI DAN KANAN
BINATANG LIAR MELINTAS
STESEN JAMBATAN TIMBANG
BONGGOL DI HADAPAN
PERSIMPANGAN DI HADAPAN, TIDAK BOLEH MASUK KE KANAN
PADANG PERMAINAN
ANGIN LINTANG
TANDA ISYARAT LALULINTAS LARANGAN
KENDERAAN DILARANG MASUK
DILARANG MEMBELOK KE KIRI
DILARANG MEMBELOK KE KANAN
DILARANG BERPUSING BALIK
KENDERAAN BERAT MELEBIHI … TAN DILARANG MASUK
KERETA LEMBU, BASIKAL, BECA, DAN BASIKAL RODA TIGA TIDAK DIBENARKAN MASUK
KENDERAAN MELEBIHI HAD KETINGGIAN YANG DITETAPKAN DILARANG MASUK
HAD LAJU
HAD LAJU BERAKHIR
BERHENTI DI PERSIMPANGAN
DILARANG MELETAK KENDERAAN
DILARANG BERHENTI
BERI LALUAN
DILARANG MEMOTONG
MOTOSIKAL DILARANG MASUK
KENDERAAN MELEBUHI … METER LEBAR DILARANG MASUK
TANDA ISYARAT LALULINTAS MANDATORI
IKUT ARAH ANAK PANAH (KE HADAPAN)
BELOK KEKANAN SAHAJA
IKUT ARAH ANAK PANAH KE KIRI
LORONG BASIKAL SAHAJA
LORONG BASIKAL TIGA RODA
LORONG MOTOSIKAL SAHAJA
LORONG BECA SAHAJA
LORONG KERETA LEMBU SAHAJA
TANDA ISYARAT LALULINTAS MEMBERITAHU
TEMPAT MELETAK KENDERAAN
HOSPITAL
IKUT KIRI
DILARANG MEMBUNYIKAN HON
PERHENTIAN BAS
PAPAN TANDA
PAPANTANDA TUNJUK ARAH
PAPAN TANDA TUNJUK ARAH BULATAN
PAPAN TANDA TEMPAT TUJU/ DESTINASI
PAPAN TANDA TUNJUK ARAH DENGAN PAPAN TANDA KAWASAN PELANCONGAN
PAPAN TANDA TUNJUK ARAH DENGAN PAPAN TANDA KE LEBUHRAYA
PAPAN TANDA PANDUAN ARAH DI ATAS GANTRI
PAPAN TANDA TUNJUK ARAH DI LEBUH RAYA
PAPAN TANDA JARAK
ARAH JALAN DARI SIMPANG
PETUNJUK TEMPAT DARI SIMPANG
LAPANGAN TERBANG
PONDOK TELEFON
STESEN MINYAK
JALAN MATI
PUSAT KESIHATAN
DIBENARKAN BERPUSING BALIK
ZON HAD LAJU DI HADAPAN
PAIP BOMBA
LORONG KENDERAAN JENIS INI SAHAJA
TANDA ISYARAT LALULINTAS SEMENTARA
JALAN SEDANG DIBAIKI
LONGGOKAN BAHAN BINAAN DI TEPI JALAN
JALAN
BERSEDIA UNTUK BERHENTI
BERHENTI
BERHENTI KANAK KANAK MELINTAS
KERJA KERJA PEMBAIKAN JALAN DI HADAPANH
LENCONGAN
RINTANGAN
TANDA HALANGAN
LORONG TENGAH DITUTUP KEPADA LALULINTAS
KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA JALAN RAYA
Mendisplinkan diri
Terdapat beberapa kepentingan mematuhi papan tanda di jalan raya. Antaranya, kita dapat mendisplinkan diri ketika menggunakan jalan raya. Apabila kita berada di jalan raya, kita mestilah ingat bahawa terdapat undang-undang keselamatan jalan raya. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memudahkan kerja pihak kerajaan dengan mematuhi papan tanda jalan raya. Bukan itu sahaja, malah kebaikan dan keselesaan kita sendiri.
Melancarkan trafik lalu lintas
Seterusnya, papan tanda jalan raya melancarkan laluan trafik laluan lintas. Lazimnya papan tanda “ dilarang melatakkan kendaraan “ diletakkan di beberapa kawasan tertentu untuk mengelakkan berlakunya kesesakan. Jika jalan tersebut dipenuhi dengan kenderaan, pastinya kesesakan yang berlaku akan berlarutan. Pastinya keadaan ini akan menyusahkan pengguna yang lain. Lebih lebih lagi jika terdapat ambulan yang membawa pesakit yang cedera parah dan memerlukan rawatan segera, tersekat di jalan raya kesan daripada pengguna yang tidak mematuhi papan tanda jalan raya.
Mengelak berlakunya kemalangan
Selain itu, kepentingan papan tanda jalan raya ialah mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh meragut nnyawa orang tersayang. Sering terpapar di media massa yang terdiri daripada media elektronik dan media cetak akan tragedi-tragedi yang menyayat hati yang kebanyakkannya berpunca daripada pemandu pemandu yang tidak bertanggungjawab tidak mematuhi papan tanda jalan raya seperti mengurangkan had laju dan kanak kanak melintas di hadapan. Tragedi ini menyebabkan nyawa-nyawa insan yang tidak bersalah turut terlibat.
Meningkatkan ekonomi negara
Di samping itu, kita dapat meningkatkan ekonomi Negara. Ini menggalakkan kita sebagai rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan Negara sendiri dan menggalakkan pelancong asing untuk melawat Negara kita. Pelancong asing akan tertarik dengan keharmonian Malaysia. Apabila ramai pelancong yang hadir, semakin banyaklah hotel-hotel dan kemudahan yang disediakan. Apabila pelancong asing menggunakan perkhidmatan yang Malaysia jalankan, ia akan mendatangkan keuntungan kepada Malaysia. Bukan sahaja Negara, ia dapat mengurangkan kadar penganguran di Malaysia. Hal ini kerana apabila semakin banyak hotel hotel yang dibuka, semakin ramai pekerja yang diperlukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)